cursor

Tuesday, 30 August 2016

ENDURANCE

Hai assalamualaikum semua ,

 i'm typing this at 2 a.m. terjaga lah pulak. Ingat nak type pepanjang tapi tengoklah mood camne,MAybe i type sikit2 ,then sambung esok2nya ke huhuhuu
dah habis FIRST YEARRR dah kengkawannn. nak nangiss.syukur gila dapat naik 2nd year tu masyaALLAH sistur tak tahulah nak cakap camne. First of all,baca lah post ni kat laptop ke pe sebab boleh dengar lagu sebab post ni panjang,kau ngantuk kang hihi

take time sangat nak pikir nak cerita pasal apa ha kat post ni,takde yang best pun nak cerrita,haha okayla best jugaklah penderitaan ini #eh 

1st year of MBBS ni sangat challenging but alhamdulillah banyak mendewasakan diri kitorang. Patutlah masa masuk memula ,bandingkan batchmate kitorang ngan senior 2nd year,gila beza,senior2 matang gila,tapi kami mudah terhibur kekanak,sampai sekarang kot haha mana leh nak serius je gais,ada problem pun kena happy je gaiss. kah .

 tahun pertama ada 5 blok ;
Language in Medicine, Foundation (paling lama sengsara benci yang amat astaghfirullah) , Musculoskeletal ( hmm boleh lah haha ) , cardiology (sukaaaa ngattt) , respiratory (best,k tu je ,best ).

jadiii ye saya berjayaaa harungi lima2 blok itu,final exam pun keluar lima2 blok tu tapi macam soalan tu kan dia macam halamak nak marah takleh sebab sapesuruhkaumasukmbbs,sendiri yang nak kan huhu , syukur jelah ,ada peluang untuk belajar.ada orang langsung takde peluang,kita ni belajar pun merungut tahap gaban dah . k sentap ai. Mak selalu cakap "Mak hantar belajar je bukan mak hantar berperang"ketahuilah ibu,anakmu ini sedang berperang gila dengan perasaannya,perasaan nak balik rumah,nak rehat,nak makan pun haha
 sebab perkataan belajar tulah manada yang senang kan.benda yang tak tahu,kene paksa otak yang tak berapa cair ni kena cair tetiba -.-

k lah akak taktahu kalau adik2 yang baca post ni nak tahu apa. tanya kat ask.fm akak lah ya untuk keterangan lanjut. TEKAN NI KALAU NAK TANYA PAPE HIHI 💕💕 Tujuan utama post ni pun sebab nak jawab soalan awak semua,maaf sangat tak reply kat insta or fb .😩 kak dayah insan yang lemahh haha ada adik2 yang pm cewah pm tau kemain sangat bajet retis hehe adik tanya camne nak urus masa, pasal spm, ,macamne nak sempatkan diri baca semua subjek lah kan ,semuanya berkenaan MASA , ada juga yang bertanya camne nak lawo macam akak, ha yang part tu mitak maapp laa tak dapek den nak nolong huhuhuhuu perasanjapsori

masa itu emas, hi klise ya akak ni sori la,tapi ya, lagi2 kalau kita ni banyak sangat komitmen ,padahal belajar je haha still need to prioritise our task,macam kerja sekolah bila nak buat,kerja kursus ke apa,revision bila masa yang sesuai,latihan,soalan2 past years bilanya nak buat ha camtu,otak tu kena dok pikiaq benda camtu,hat yang dok pikir ceghite korea bila nak habiskan 1379079013 episod lagi,tu akak mintak maap bebanyak lagi sekali,tak dapat nak bantu. akak ni baru reti tengok masa kat UM tau,tu pun sebab pengaruh rakan sebaya haha roommates lah,dyorang dok tengok running man which is good for your health,sebab kurangkan stress, ( alasan der,sori der ) kita pun join,kalau cerita2 berepisod tu haih lomah semangat den nak follow setiap episod,mesti give up puye,sebab meleret2 puye nyampah. drama melayu berepisod pun takde makne haku nak tengok, apatah lagi drama bangsa lain cewah.

apa yang akak dapat hasil jarang balik rumah ni.akak tak boleh nak berkawan ngan tv langsung! seriously ya allah macam nak nangis dedulu kemain tengok tv macam jakun hahaha sekarang baru duduk ,pastu tengok jap pastu macam apa lah orang dalam tv ni cakap,kalau tengok filem ke drama ke ,akak cepat ngantuk so yes tido depan tv dan mak tak kejut pun,sampai pagi lah aku depan tv.  padan muka. habiskan masa cuti ni dengan buku2 yang kengkonon beli banyak2 tapi tak sempat nak baca pun dulu,duduk almari je dia,kesian. tengah habiskan diagnosis apokalips ni ha.

okay berbalik kepada cerita tadi,masa SPM dulu akak belajar jelah macam biasa ,takde yang WOW sangat pun cara akak belajar,sebab akak tak suka paksa diri sampai sekarang pun,masa final exam haritu ,esok nak exam,akak bantai tido rehat makan,sebab nak bagi diri rehat,sebab masa akhir2 jangan push,lagi kelam kabut,lagi tak tentu arah fikiran,bagi yang last minute baca buku puye orang ,ketahuilah daku pun geng seperti itu sampai lah PASUM . tak reti2 nak ubah pangai. tapi dah masuk medic ni 360 degree cara belajar lain sangat sampai rasa kenapa lah tak belajar cara camni dari dulu lagi,senang nak adapt, cara belajar nyaaaaaaaaaaaa adalahhhhhhhh cara belajar dengan bergaya pada SETIAP HARI. k kena highlight sikit yang BERGAYA tu ,adoi takde emoji macam kat whatsapp pulak kat sini -- sebab hari2 topik yang baru je,bila kita belajar balik apa yang lecturer ngajar pada belah pagi tu,senang nak lekat dalam kepala,problem hafalan je,kalau senang faham inshaAllah ambillah medic huhuuuuuuuuuuuuuuuu

hari2 belajar akak buat notes,jadi masa last 2 weeks before exam kita dah taktengok notes tebal2 tu dah,tengok yang kita tulis tu je,cepat nak baca,cepat nak hafal,cepat dapat cover semua topik. semua nak cepat nya anak2,jika anda sejenis kura kura sila lupakan hasrat belajar last minute.

masa SPM + PASUM ,akak study masa nak exam,agak2 nak exam,bila2 mood nak belajar,sebab biology chemistry physics addmath semua lah,banyak membantu masa di SEKOLAH,tolonglah percaya lagi2 akak sekolah harian,balik rumah pikir makan pastu tido,pastu bangun tengok tv macam dak jakun.kerja sekolah buatlah ,jangan lawan cakap cikgu dengan gaya apa sekalipun,tak buat homework pun salah satu melawan gaya ntah pape,homework tu lah datangnya berkat yang kita tak nampak,siapalah kita nak melawan insan yang susah payah korban masa nak curahkan ilmu. tolong hormat ya adik2.awak takkan tahu mcmana penat lelah sampailah awak sendiri yang rasa mengajar orang ataupun ayat yang selalu kita dengar " kita takkan tahu pengorbanan mak ayah sampailah kita sendiri jadi mak ayah" konsep dia sama je hihi

masa form 5 ,akak tingkatkan sikit kelajuan cewah ,macam balik rumah,ada kerja sekolah terus siap kan, ,dengan pakai baju kurung sekolah tulah haha pemalas gila nak mandi terus, haha balik2 makan,pastu keluarkan beg sekolah,tengok setiap buku ,check mana yang ada kerja sekolah,,susun leklok atas meja makan,amik air pastu bukak kipas lelaju eh benda ni pun aku nak ajar ke haha,buat lah,jangan tengok kiri kanan sebab setan ada je mengganggu seperti kucing -_-.yaaaa kucing aku sukaa sangat duduk atas buku,tak pun masa kita menulis tu,dia duk sentuh2 pen kita,dia pikir dia comel ke pe.
malamnya rehatla,dah form 5,tv pun dah kurang,masa masuk PASUM lagilah kurang,masa degree ni ha aku tak kenal tv lol.
banyakkan korban benda2 yang tak penting.tambahkan benda2 yang lagi beri kejayaan,benda2 itu awak fikir lah sendiri ye dik hehe Quran hari2 lepas solat baca. Kalau period ke Al mathurat jangan lupa. sampai bila2 pun ,bukan sebab awak nak exam ja awak baca hari2 tau. hubungan sesama manusia yang kita anggap remeh,tolonglah jaga,kau taknak merangkak cari orang kat padang mahsyar sebab nak mintak maaf kan. dosa dengan tuhan dah cukup banyak kan,jangan ditambah2 dengan benda2 yang boleh kita elak dari berdosa yaa. lagi2 perempuan,sebab akak perempuan akak tahu mulut perempuan camne hahaha jangan nak perempuan sangat mulut tu hahaha eh boleh ke,kalau bibir adik seksi macam perempuan jangan tukar lak,berdosa aku ya tuhann

nanti bila ada perasaan give up,jangan terus rasa diri tu teruk sebab give up.benda tu biasa. B.I.A.S.A. sampai sekarang pun kalau tengah2 belajar tu tetiba akak rasa penat ya allah give up nyaa nak terus baca bukuu,bukan give up nak hidup haha .rehat kejap jangan lelama paihtu pikir balik goals anda bukan relationshipgoals pebende apa tu. fikir betul2 kalau awak tak berkorban sekarang,jangan nak mempersoalkan bagai "kenapa hidup ini tidak adil" . drama sangat. yang berjaya2 tu semua ada pengorbanan yang dia buat.masa dia semua .macam akak,akak korbankan masa akak untuk makanan hmm turun banyak gila berat akak sekarang,takpe ni dah kat rumah,ada je masa haha. k tu je pengorbanan akak haha k tipu gila.

kadang tak faham sangat kenapa wujudnya manusia2 yang ada perasaan iri hati,cemburu,dengki sebab mereka2 ni tak boleh fikir logik ke,logik sikit pun takde ke .nak dapat sesuatu manada la tetiba dapat .Allah tak ubah keadaan sseorang melainkan kita sendiri yang gerak,aku syak yang ada perasaan2 tu tak percaya ke apa janji Allah tu haih. kita2 yang ada akal ni,bersihkan hati ya,ha lagipun ilmu nak masuk ke hati yang cantik2 je gaiss,ilmu ni memilih gaiss. cuba tengok yang tahfiz semua tu,nak jaga hati puyelah sebab nak jaga hafalan.nak biar lekat lelama, medic ni pun banyakkk nak kena faham & hafal,yelah kau faham je pun tiba masa nak exam memang la faham tu dedulu punya cerita,sekarang punya cerita waktu exam ingat ke tak. nak jaga hafalan,jagalah hati,kasi bersih sikit. susah kan hiks satu kali istighfar,satu titik hitam kat hati kita hilang.So baca jela random,kauu jangan agak2 titik hitam kat hati kau ada 30,kau baca 30 kali je LOL



#DiagnosisApokalips . i thought i am special Dr Beni,bila tengok buku kengkawan,dr tulih yang samo jo haha
That time i asked my friend to get his autograph since i got fever that day. Dengar talk dia paihtu lekaih p balik kolej sebab event tu buat waktu malam.


This book is applicable for ALL students,not for medical student only.yessss :))
suka sangat buku ni.Prof Muhaya bukan explain tentang teknik belajar sahaja tapi banyak mengenai social life,hubungan dengan tuhan,keadaan sekeliling .lovee



Dan alhamdulillah this year tahun ketiga mengajar kat sekolah , physics addmath chemistry ,i miss them a lott , masa mengajar dyorang la rasa rindu kat subjek tu cewahhh dan rinduu suasana kat sekolah tu berkurangan sikit hihi . Yang baik2 akak type ni harap akak pun tak lupa untuk diri sendiri juga, yang mengarut tu memang pangai sebenar i okayy, dan tak lupa juga kalau ada yang ttiba rasa annoyed dengan post ini harap dimaafkan lah apa jua kesalahan owner blog ini. Untuk tanya pape, komen la kat bawah atau tekan link bawah ni ya . takyah dok tekan2 kotak ask anonymously sebab walau camna pun i taktahu pun sape tanya,benda kotak tu rosakk ler..Bye love!

ASK.FM : TEMPAT BERTANYA BUKAN TEMPAT MENGORAT