cursor

Saturday 23 June 2012

biar bidadari mncemburuimu

Rasulullah SAW bersabda,

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)



Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Berdasarkan hadis di atas, itu menunjukkan bahawa wanita solehah lebih baik dari bidadari syurga. Jadi, sebagai seorang muslimah yang masih di berikan peluang oleh ALLAH s.w.t untuk terus berada di bumi ini, haruslah sentiasa berusaha untuk menjadi wanita solehah. Berusahalah menjadi yang solehah kerana kita pasti akan merasai nikmatnya apabila menjadi seseorang yang sentiasa melabuhkan cinta kepada ALLAH. 

Thursday 7 June 2012

tarbiah dari Allah

pElbagai cara manusia diuji dengan kehidupan sekelilingnya..
berpandu kepada ketabahan hati masing2 untuk mnerimanya sbgai satu musibah ataupun ujian..
seandainya hati kita masih kuat dengan ada ikatan yang kukuh dengan Allah,kita akan membiarkan sahaja perkara yang berlaku bagai angin lalu..
seterusnya,kita akan rasa bersyukur setelah kita mnyedari bahawa setiap ujian yang datang adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita..

ingatlah bahawa Allah Maha Penyanyang,tiada yang terlalu berat yang akan diberikan kepada hambanya..
bersyukurlah kita menjadi hamba Allah yang mencipta seluru alam ini..
sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah..'
jiwa tenang,hidup akan senang..
teruskan perjuangan kita sebagai khalifah di muka bumi ini,meskipun kehidupan di akhir zaman smakin lama semakin mencabar..

Wednesday 6 June 2012

inna Allah ha maana


bila kita merasa 
Bila kita merasa keseorangan kerana bekerja seorang diri,
bila kita merasakan ianya susah kerana tak reti,,
beban itu berat sekali dipikul seorang diri,
bila kita merasa semua kesalahan ditujukan kepada kita,
bila kita merasa dipinggirkan kerana ketidakbolehan kita..tabahlah..




kerana satu hari nanti.kita mungkin berada diatas..hanya memerhati..

kerana satu hari nanti kita mungkin tidak keseorangan lagi
kerana satu hari nanti kita mungkin tak akan buat salah lagi..
kerana satu hari nanti kita mungkin tidak akan dipinggirkan lagi..





#Allah ada bersama kita~

Tuesday 5 June 2012

kenal diri,kenal Allah

BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" NESCAYA KENAL LAH IA AKAN TUHAN NYA

Benarkah bila kita mengenal "DIRI" maka kita akan mengenal Tuhan ??

Kita semua tahu bahawa ujud nya roh!  Tak ada sesiapa yang dapat menafikan kenyataan ini, Kerana semasa Tuhan bertanya kepada sekelian Roh  " siapa kah Tuhan kamu " dengan sepontan sekelian Roh menjawab " bahkan " yang membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang esa.:
Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad.

Dimanakah letaknya yang di panggil hidup itu? Yang mana dengan adanya yang hidup itu lah jasad kita ini hidup dan  sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah yang di panggil "DIRI" sebenar "DIRI"  dan menghidupkan jasad kita ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang "DIRI" itu ataucuba mencari dan mengenal nya.

Tentu nya soal yang akan timbul ialah dari mana "DIRI" itu, dimana letaknya "DIRI" itu, terdiri dari apakah "DIRI" itu, dan kemanakah perginya "DIRI" itu apabila jasad mati atau dengan lain perkataan "DIRI" meninggalkan jasad???  dan yang penting sekali bolehkah kita mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" kita itu.